Sabtu, 30 Juli 2011

Program pemutihan ditangguh 1 Ogos




2011/07/13

PUTRAJAYA: Program pemutihan pendatang tanpa izin membabitkan Pendaftaran Pekerja Asing Sah dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P), yang sepatutnya bermula kelmarin ditangguhkan kepada 1 Ogos ini. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, dalam kenyataan semalam, berkata perubahan tarikh itu dilakukan bagi membolehkan pelaksanaan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah selama dua minggu iaitu mulai hari ini hingga 31 Julai ini.
“Selain untuk melengkapkan persiapan bagi Program 6P, rasional bagi penangguhan ini adalah untuk mena-ngani isu pekerja asing sah yang sudah atau sedang merancang untuk melarikan diri daripada majikan asal dengan niat menyertai Program 6P.
“Pendaftaran Pekerja Asing yang sah membabitkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat Jabatan Imigresen. Dengan data biometrik, imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing sah yang lari daripada majikan. 

“Ini termasuk mereka yang membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukarnya dengan dokumen baru menggunakan identiti berbeza. Mereka yang dikenal pasti melakukannya tidak akan dibenar menyertai program pemutihan dan dinasihatkan kembali kepada majikan asal atau akan diusir pulang ke negara asal,” katanya. 

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Program 6P merangkumi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pendatang tanpa izin terpaksa ditangguhkan sehingga semua aspek keselamatan diselesaikan. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar